hai!!!! selamat datang ke heart to heart...^-^..

Sunday 13 October 2013

.....kisah amirul mukminin.....~_~

Posted by zafira azman at 00:50
assalamualaikum...

zaf begitu t'tarik ngan Amirul-Mukminin Khulafa ar-Rasyidin Ke-2, Saidina Umar Al-Khattab. byk koleksi bacaan mengenainya telah dibaca, beliau seorang pemimpin yg berjiwa rakyat..
seorang yang adil, berani, dan tegas menjalankan tanggungjawab.. mari kita berkongsi sejarah2  kehidupan khalifah saidina umar-al khattab..

Saidina Umar Al-Khattabعمر بن الخطاب  Kadang--kadang dipanggil juga sebagai Umar Al-Farooq ataupun Omar, Umar berasal dari Bani Adi Iaitu salah satu Golongan puak Quraisy. Dia menjadi Khalifah kedua islam pada 23 Ogos (633-644) bersamaan 22 Jamadilakhir tahun 13 Hijrah dan merupakan salah satu khalifah di dalam Khulafa Ar-Rasyidin.Saidina Umar dilahirkan di Makkah. Bapanya bernama Khattab bin Nufaul Bin Abdul Uzza. Beliau dikatakan terdiri daripada golongan kelas pertengahan. Beliau juga berilmu dan merupakan pejuang dan wira gagah dan terkenal dengan kegagahannya.


"Sebelum Memeluk Islam"

Semasa Nabi Muhammad s.a.w mula menyebarkan islam secara terang-terangan, Saidina Umar mempertahankan ajaran tradisi masyarakat Quraisy. Saidina Umar ialah antara orang yang paling kuat menentang islam pada masa itu.Menurut ahli sejarah islam, Semasa Saidina Umar dalam perjalanan untuk membunuh Rasullulluh s.a.w, beliau bertembung dengan seorang yang mengatakan bahawa beliau haruslah membunuh adik perempuannya dahulu memandangkan adiknya telah memeluk Islam.


Saidina Umar pergi ke rumah adiknya dan mendapati adiknya sedang membaca Al-Quran. Dalam keadaan yang marah dan kecewa beliau memukul adiknya. Apabila melihat adiknya berdarah, beliau meminta maaf dan sebagai balasan beliau akan membaca secebis ayat Al-Quran kepada adiknya. Beliau merasa sungguh terharu apabila membaca ayat-ayat suci Al-Quran (Surah Thaha) yang begitu indah sehinggakan beliau memeluk Islam pada hari itu juga.


Selepas Peristiwa terbabit, beliau berjanji akan melindungi Islam sehingga ke titisan darah terakhir. Selepas pengislamannya, beliau melahirkan rasa kesalnya terhadap peristiwa penanaman anak perempuannya secara hidup-hidup dahulu. (Perkara seperti ini fonemena biasa di Tanah Arab sebelum kedatangan Islam)

"Keislaman Saidina Umar"


Beliau Memeluk Islam pada tahun ke-6 kenabian ketika berumur 27 tahun. Tindakannya ini menggemparkan masyarakat Quraisy dan memberi berita gembira kepada umat islam bahawa Islam akan menjadi kuat.

Rasullulluh SAW pernah bersabda :" Ya Allah kuatkan Islam dengan Umar Al-Khattab atau Abu Jahal b. Hisyam " Hadith riwayat At-Thabarani


Dalam sebuah hadith lain yang diriwayatkan oleh At-Thabarani bahawa Rasullulluh SAW juga pernah berdoa:

" Ya Allah kuatkan Islam dengan Umar Al-Khattab"Sebuah hadith dari Ibnu Abbas yang diriwayatkan oleh Ibnu Majah bahawa Rasullulluh SAW berkata : Apabila Umar memeluk Islam, Jibril pun datang dan berkata : " Ya Muhammad, sesungguhnya seluruh makhluk langit bergembira dengan islamnya Umar"Setelah memeluk Islam, Rasullulluh SAW telah menggelarnya Al-Faruq kerana dapat membezakan di antara perkara yang benar dan bathil. Ketika ditanya oleh para sahabat bagaimana dia mendapat gelaran tersebut. Saidina Umar menjawab : " Pada suatu hari, Aku bertanya kepada Rasullulluh SAW : " Ya Rasullulluh SAW, adakah kita dalam kebenaran "?

Jawab Rasullulluh SAW : "Benar"Aku berkata lagi : "Kenapakah kita beribadah secara tersembunyi?"

Kemudian kami masuk ke Masjidil Haram membuat dua syaf, satu saya dan satu lagi Saidina Hamzah (berjemaah). Maka semua orang kafir Quraisy melihat ke arah kami berdua dengan perasaan yang sangat marah yang tidak pernah mereka terjadi sebelum ini, lalu Rasullulluh mengelarkan diriku Al-Faruq!

Dengan Islamnya Umar, maka umat islam yang sebelum ini sentiasa ketakutan menjadi kuat. Mereka telah berani solat secara terang-terangan di Baitullah khususnya setelah peristiwa di atas. di samping itu, orang Quraisy juga tidak berani menganggu orang islam yang sedang beribadah kerana takut akan Umar.


Peristiwa yang menarik perhatian kafir Quraisy Makkah ialah apabila Saidina Umar Al-Khattab mengambil langkah untuk berhijrah secara terang-terangan, berbeza dengan pendirian para sahabat yang lain yang terpaksa secara rahsia.
"Sifat Keberanian"


Umar Al-Khattab terkenal sebagai seorang yang berani semasa kafir dan bertambah berani sesudah beriman. Pada detik-detik terakhir sebelum meninggalkan kota Makkah untuk berhijrah ke Madinah, Saidina Ali r.a. yang menyaksikan peristiwa tersebut meriwayatkan : Setelah saidina Umar membuat keputusan untuk berhijrah, beliau mengambil sebilah pedang disandang di sisi pinggangnya, kemudian dicapainya busar panah lalu disangkut dibahunya, sebatang anak panah tergenggam di tangannya dan melangkahkan kaki menuju ke Kaa'bah. Ketika itu tokoh-tokoh Quraisy  memerhatikannya. Sebaik Selesai melakukan tawaf, beliau menuju ke Maqam Ibrahim dan mendirikan solat.


Selesai solat, Umar berdiri di sisi Maqam Ibrahim sambil mengeluarkan kata-kata yang keras dan pedas terhadap puak kafir Quraisy. Kata Umar : " Sesungguhnya Allah SWT tidak akan membinasakan wajah manusia di dunia ini, kecuali wajah puak- puak jahanam yang memusuhi agama Allah"


Kata Umar lagi : " Barangsiapa yang sanggup menjadikan ibunya keseorangan disebabkan kematian anak, meletakkan anak-anak mereka menjadi yatim piatu lantaran kematian bapa, sanggup menjadikan isteri kesayangannya menjadi balu kerana kematian suami, marilah kita adu senjata di sebalik bukit ini"


Cabaran Saidina Umar kepada tokoh-tokoh Quraisy yang menyaksikan kehadiran Umar dengan pedang terhunus itu, ternyata menimbulkan kesan gerun di dalam hati mereka. Pertama kali mereka mendengar cabaran yang begitu hebat dari Umar, mereka terpegun tanpa seorang pun yang berani menyahut cabaran Umar berlawan senjata.


Dari sudut psikologi, cara Umar mencabar puak Quraisy dengan gaya seorang pahlawan yang bersedia untuk mati, menjadikan puak Quraisy lemah semangat. Mereka membisu tanpa reaksi, Sekalipun Umar mengutuk mereka sebagai puak yang bakal dibinasakan oleh Allah SWT. Dalam keadaan puak Quraisy lemah semangat, Umar mengajaknya adu senjata.


Saidina Ali r.a. yang turut mendengar kata-kata Umar itu berkata : Sesudah itu Umar melangkahkan kaki meninggalkan kota Makkah dengan tenang, tanpa dijejaki oleh puak-puak Quraisy. Bagaimanapun peristiwa itu memberi seribu rahmat kepada kaum muslimin yang letih lesu, dari kalangan orang-orang tua, orang-orang sakit yang tidak terdaya meninggalkan kota Makkah tanpa teman. Mereka semua mengambil peluang untuk berhijrah ke Madinah bersama Umar Al-Khattab, dengan aman tanpa sebarang gangguan.Berikutan dari peristiwa itu, maka kaum muslimin Makkah telah menyahut seruan hijrah


Sehingga tiada lagi para penyokong Nabi Muhammad s.a.w yang tinggal di Makkah, kecuali Nabi s.a.w, Saidina Abu Bakar As-Siddiq, Saidina Ali Bin Abi Talib, selain itu orang-orang yang sakit, mereka yang tiada kenderaan dan keupayaan berhijrah dan mereka yang dikenakan tahanan oleh pihak Quraisy, akibat tindakan mereka menyahut seruan Islam.

"Keadilan Umar Terhadap Rumah Ibadat Agama Lain" 

Kisah Saidina Umar dan kanisah (gereja) Al-Qiamah yang terletak di Quds. Kisah ini adalah petikan dari muka surat 114, kitab Itmam al-wafa' fi sirah al-Khulafa, tulisan As-Syeikh Muhammad bin Al-Affi Al-Banjuri, Darul Ibnu Hazim. "Dan apabila masuknya Umar ke dalam kota, maka masuklah beliau ke dalam kanisah (gereja) Al-Qiamah, dan beliau duduk di ruang utama gereja tersebut. Setelah tiba waktu solat Asar, maka berkatalah Saidina Umar kepada Patriach Kanisah tersebut, "Saya ingin mengerjakan Solat". Jawab Patriach : "Solat sahajalah di sini".


Tetapi Umar menolak cadangan Patriach dan solat (di luar) di tangga yang berada di hadapan pintu gereja tersebut secara bersendirian. Selepas beliau menyelesaikan solat asar, beliau (masuk kembali lalu) berkata kepada Patriach Al-Quds :Sekiranya saya mengerjakan solat di dalam gereja tuan saya merasa pasti bahawa ummat islam pada zaman akan datang akan menyatakan Saidina Umar mengerjakan solat di dalam gereja ini, maka kita boleh menukarkan gereja ini kepada masjid untuk melaksanakan solat di dalamnya.


Kisah di atas menceritakan respons Saidina Umar kepada cadangan Patriach supaya beliau solat di dalam gereja Al-Qiamah. Respon Saidina Umar merupakan satu respon yang mengambil kira kepentingan golongan Nasrani dan Patriach sambil dalam masa yang sama melindungi Kanisah mereka.


Sehubungan dengan itu, sekiranya ummat Islam adalah peroboh Kuil, Gereja seperti yang didakwa oleh musuh-musuh Islam dan turut dipercayai oleh segolongan ummat Islam yang Jahil, sudah pasti Saidina Umar akan bertindak sebaliknya. Maka amatlah jarang sekiranya ummat Islam sendiri tidak memahami konsep keadilan yang dipertahankan oleh Islam sepertimana yang telah dizahirkan oleh Saidina Umar. Konsep keadilan ini meliputi berbagai perkara, termasuklah keadilan terhadap orang bukan islam sendiri.Khalifah-khalifah Islam sebelum mengutus tentera Islam sentiasa berpesan supaya tidak dibunuh Kanak-kanak, Orang-orang tua, orang berlindung di tempat peribadatan dan tidak diroboh rumah-rumah peribadatan mereka. Begitu juga tidak dibunuh haiwan ternakan kecuali untuk dimakan dan tidak dimusnahkan tanam-tanaman dan menebang pokok-pokok tanpa alasan.


itu lah kisah amirul mukminin ........zaf rasa korng mesti ade satu tokoh yg korng minat kan 

pilih la tokoh islam .....

okey bye assalamualikum...xoxoxo
 

heart to heart Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea